Pembekal beg plastik custom · sejak 2015

Beg plastik cetak nama sendiri, untuk perniagaan Malaysia.

Kami bekalkan beg plastik secara pukal untuk perniagaan di seluruh Malaysia. Setiap beg dicetak dengan logo anda, mengikut saiz dan ketebalan yang anda tetapkan. Dari spesifikasi dan artwork hinggalah ke penghantaran, kami uruskan.

Rajah spesifikasi beg plastik custom: saiz, ketebalan dalam mikron, cetakan logo dan jenama, bahan PP HDPE LDPE
2015Mula beroperasi
14Jenis beg
4–6Minggu sehingga siap
PP · HDPE · LDPEBahan

Jenama yang mempercayai kami

QSR Brands City Chain Abang Strawberry Oh Apong
Mengapa pukal

Satu tempahan untuk bekalan berbulan-bulan.

Tempahan pukal bukan sekadar kuantiti yang lebih banyak. Ia menurunkan kos seunit, memudahkan konsistensi bekalan, dan menjadikan jenama anda lebih kerap dilihat.

01

Kos seunit lebih rendah

Kos penyediaan mesin dan plat cetakan dikongsi merentas keseluruhan tempahan. Semakin besar kuantiti, semakin rendah kos bagi setiap keping.

02

Bekalan tidak terputus

Bagi kedai yang sibuk, 5,000 keping selalunya cukup untuk bekalan dua hingga tiga bulan. Sekali urus sahaja, bukan menempah berulang kali setiap minggu.

03

Setiap beg menjadi medium iklan

Beg bercetak logo dibawa keluar dari kedai anda dan dilihat orang awam. Pembungkusan kosong tidak melakukan kerja itu.

Proses

Daripada spesifikasi hinggalah ke penghantaran.

Langkah 1

Nyatakan spesifikasi

Beritahu kami jenis beg, saiz, ketebalan, kuantiti dan jenis cetakan melalui WhatsApp atau borang.

Langkah 2

Kami beri sebut harga

Harga diberikan mengikut spesifikasi sebenar anda, bukan pakej sedia ada.

Langkah 3

Sahkan artwork

Kami semak fail cetakan anda untuk pengesahan sebelum cetakan bermula.

Langkah 4

Cetakan & penghantaran

4–6 minggu selepas artwork diluluskan dan deposit dibayar. Tempoh bermula pada kedua-duanya, bukan pada tarikh tempahan.

Panduan percuma

Tak pasti ketebalan atau saiz?

Kami terbitkan panduan spesifikasi lengkap dalam Bahasa Malaysia. Ia merangkumi penukaran gauge ke mikron, carta saiz inci ke milimeter, cara mengira jumlah keping dalam satu kilogram, serta perbandingan bahan HDPE, LDPE dan PP.

Maklumat teknikal seperti ini jarang ditemui dalam Bahasa Malaysia. Kami menyediakannya kerana ia antara soalan yang paling kerap ditanya kepada kami.

GaugeMikronMilimeter
5012.700.0127
8020.320.0203
10025.400.0254
15038.100.0381
20050.800.0508
Untuk siapa

Perniagaan yang kami bekalkan.

🏪
Kedai runcit & pasar miniBeg tangkai bercetak nama kedai. 5,000 keping selalunya cukup untuk bekalan dua hingga tiga bulan.
📦
Penjual dalam talianBeg kurier bercetak logo. Bungkusan anda mula dikenali sebaik sahaja ia sampai kepada pelanggan.
🍜
Pengusaha makananBeg gred makanan, frozen dan vacuum untuk katering, kek, kuih serta produk sejuk beku.
🏭
Kilang & pengeluarMachine roll dan bekalan pukal berulang untuk kelancaran operasi pembungkusan.
🏢
Syarikat & MNCPembungkusan berjenama yang mematuhi spesifikasi dan piawaian dalaman syarikat anda.
🌱
Jenama mesra alamPilihan biodegradable yang tetap boleh dicetak dengan logo jenama anda.
Sebut harga

Nyatakan keperluan anda kepada kami.

Beritahu kami jenis beg, saiz, ketebalan dan kuantiti yang diperlukan. Kami balas dengan sebut harga mengikut spesifikasi sebenar anda. Tempahan bermula dari 5,000 keping.

WhatsApp 017-604 8406